Seperti biasa, selesai solat subuh berjemaah disurau kasih dia akan bergegas duduk di sebuah bangku yang terletak disatu sudut antara surau dengan kediaman yang menempatkan orang-orang tua yang senasib dengannya. Saban hari dia tidak pernah jemu menanti dan terus menanti. Segala sindiran penghuni disitu tidak pernah dihiraukan. Baginya biarlah orang terus mengata asalkan dia tetap disini terus menanti. Dia hanya akan berganjak dari tempat duduknya apabila masuk waktu solat dan waktu makan. Sesudah itu dia akan meneruskan setia ditempat itu sehingga petang. Harapannya tidak akan pernah luntur walaupun keadaan kesihatannya yang tergangu sejak kebelakangan ini. Dia percaya anaknya akan datang menjemputnya.
Sudah hampir dua tahun dia menjadi penghuni di rumah titian kasih. Namun, dirasakan baru semalam anaknya menghantarnya kesisni. Masih segar di ingatan kata-kata anaknya bahawa akan menjemputnya selepas kepulangannya dari Paris.
“ Mak, Asrul minta maaf sebab terpaksa menghantar mak kat sini. Asrul bimbang kalau apa-apa jadi Dekat asrul tak ada disini. Nanti mak juga yang susah. Kalau mak disini sekurang-kurangnya ada yang boleh menjaga mak nanti.”
“ Tidak mengapa lah Asrul, mak faham, mak ni hanya membebankan engkau sahaja.”
“ Jangan cakap macam itu mak, Asrul dah tiada sesiapa di dunia ini melainkan mak. Asrul janji selepas balik daripada Paris, Asrul terus jemput mak kat sini.” Janji anaknya.
Petang itu, dengan linangan air mata asrul meninggalkanya di Rumah Teratak Kasih ini dan semenjak itulah dia menjadi seorang penanti yang setia.
Petang merangkak senja, dari kejauhan Nek Jarah melihat susuk tubuh seorang lelaki yang berjalan dengan tongkat. Tiba-tiba kepalanya terasa pening dan degupan jantungnya menjadi kencang. Dunia menjadi gelap.
No comments:
Post a Comment