Tuesday 20 December 2011

this is me

I've always been the kind of girl
That hid my face
So afraid to tell the world
What I've got to say
But I have this dream
Right inside of me
I'm gonna let it show, it's time
To let you know
To let you know

This is real, this is me
I'm exactly where I'm supposed to be, now
Gonna let the light, shine on me
Now I've found, who I am
There's no way to hold it in
No more hiding who I want to be
This is me

Do you know what it's like
To feel so in the dark
To dream about a life
Where you're the shining star
Even though it seems
Like it's too far away
I have to believe in myself
It's the only way

This is real, This is me
I'm exactly where I'm supposed to be, now
Gonna let the light, shine on me
Now I've found, who I am
There's no way to hold it in
No more hiding who I want to be
This is me

You're the voice I hear inside my head
The reason that I'm singing
I need to find you, I gotta find you
You're the missing piece I need
The song inside of me
I need to find you, I gotta find you

This is real, this is me
I'm exactly where I'm supposed to be, now
Gonna let the light, shine on me
Now I've found, who I am
There's no way to hold it in
No more hiding who I want to be
This is me
You're the missing piece I need
The song inside of me (this is me)
You're the voice I hear inside my head
The reason that I'm singing
Now I've found, who I am
There's no way to hold it in
No more hiding who I want to be
This is me

Saturday 10 December 2011

penantian

Seperti biasa, selesai solat subuh berjemaah disurau kasih dia akan bergegas duduk di sebuah bangku yang terletak disatu sudut antara surau dengan kediaman yang menempatkan orang-orang tua yang senasib dengannya. Saban hari dia tidak pernah jemu menanti dan terus menanti. Segala sindiran penghuni disitu tidak pernah dihiraukan. Baginya biarlah orang terus mengata asalkan dia tetap disini terus menanti. Dia hanya akan berganjak dari tempat duduknya apabila masuk waktu solat dan waktu makan. Sesudah itu dia akan meneruskan setia ditempat itu sehingga petang. Harapannya tidak akan pernah luntur walaupun keadaan kesihatannya yang tergangu sejak kebelakangan ini. Dia percaya anaknya akan datang menjemputnya.
Sudah hampir dua tahun dia menjadi penghuni di rumah titian kasih. Namun, dirasakan baru semalam anaknya menghantarnya kesisni. Masih segar di ingatan kata-kata anaknya bahawa akan menjemputnya selepas kepulangannya dari Paris.
“ Mak, Asrul minta maaf sebab terpaksa menghantar mak kat sini. Asrul bimbang kalau apa-apa jadi Dekat asrul tak ada disini. Nanti mak juga yang susah. Kalau mak disini sekurang-kurangnya ada yang boleh menjaga mak nanti.”
“ Tidak mengapa lah Asrul, mak faham, mak ni hanya membebankan engkau sahaja.”
“ Jangan cakap macam itu mak, Asrul dah tiada sesiapa di dunia ini melainkan mak. Asrul janji selepas balik daripada Paris, Asrul terus jemput mak kat sini.” Janji anaknya.
Petang itu, dengan linangan air mata asrul meninggalkanya di Rumah Teratak Kasih ini dan semenjak itulah dia menjadi seorang penanti yang setia.
Petang merangkak senja, dari kejauhan Nek Jarah melihat susuk tubuh seorang lelaki yang berjalan dengan tongkat. Tiba-tiba kepalanya terasa pening dan degupan jantungnya menjadi kencang. Dunia menjadi gelap.

kenangan

Sungai mengalir laju
Seolah-olah membawa pergi
Semua kenanganku
Namun…
Sederas mana sungai itu mengalir
Takkan pernah menghanyutkan kenanganku
Disini…
Aku belajar berkawan
Aku belajar gembira dan tertawa,
Seolah-olah aku sedang menonton
Sebuah drama yang aku sendiri lakonkan
Ah, indahnya saat itu
Kerana disini,
Kenangan terindahku.
hidup ini kadang senang kadang susah...entah kenapa sejak kebelakangan ini hidup aku sentiasa di himpit kesusahan..laptop aku rosak, henset lak hilang, pastu bli baru x sampai 2 minggu guna ( klu x silap) kna hujan lak, langsung xleh bkak..tp aku x salahkan takdir knp aku jd cmni..mungkin allah nk sediakan aku kepada sesuatu yang lebih baik..amiin

Sunday 20 November 2011

Setelah Itu

Setelah itu….
Engkau kembali
Namun …
Engkau berpaling
Hilangmu dari pandanganku..
Untuk apa engkau kembali..
Jika setelah itu…

beginikah akhirnya...

Hujan lebat yang mencurah selebat air mata melissa petang itu. Kekecewaannya terhadap johan dikala itu tidak dapat dibendung lagi. Melissa memecut kereta kancil menuju ke Kafe Kolej Serumpun untuk berjumpa dengan sahabat Baiknya ida. Ida adalah satu-satunya tempat melissa mengadu. Panas yang disangka hingga kepetang rupanya hujan di tengahari. Begitulah yang dapat ditafsirkan perasaan Melissa disaat ini. Lagu separuh jiwaku pergi nyayian Anang berkumandang di corong radio seolah-olah mengerti perasaan kecewa Melissa.
“Separuh Jiwaku Pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka
Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku.......”
Kenangan bersama suaminya disaat bibit perkenalan mula bermain dikotak ingatan Melissa.  
“ Saudari, boleh saya duduk disini,  meja kat library ni dah penuh..”. Dengan teragak-agak Melissa hanya menganggukkan kepala tanda memberi kebenaran. Selepas mengucapkan terima kasih lelaki itu terus duduk. Di dalam hati Melissa memarahi Ida kerana lambat sampai sehinggakan dia terpaksa membenarkan lelaki itu duduk kerana memandangkan meja di perpustakaan sudah penuh. Dalam masa yang sama melissa memuji dalam hati ketampanan lelaki yang berada dihadapannya.
“Tak kisahlah kau tak nak datang pun Ida, ada jugak mamat hensem duduk temankan aku kat sini..”. Melissa berkata dalam hati sambil tersenyum sendiri.
“Saya Johan, saudari?” sapa johan menyebabkan Melissa tersentak dari lamunan.
“Melissa..” jawab Melissa sepatah.
Perkenalan dengan Johan tidak terhenti disitu. Setiap hari mereka akan berjumpa di perpustakaan. Perpustakaan Sultan Abdul Samad menjadi saksi bermulanya cinta mereka. Boleh dikatakan setiap hari minggu mereka akan berjumpa. Bagaikan tiada yang dapat memisahkan mereka disaat itu. Bunga-bunga cinta semakin hari semakin berkembang.
Pada suatu hari Johan menyatakan hasratnya untuk menjadikan Melissa suri dalam hidupnya. Melissa tidak dapat menggambar perasaan gembiranya disaat itu. Johan betul-betul ikhlas menyayangi dirinya.  Namun ibu Melissa tidak bersetuju kerana Melissa masih belajar.
“Mak tidak bersetuju kamu nak kahwin sekarang, kamu dan Johan masih belajar, mak nak tengok anak mak berjaya dapat kerja yang elok baru fikir pasal kahwin, kita ni bukan orang senang” nasihat ibu Melissa. 
“Tapi mak ramai yang kahwin masa belajar berjaya. Lisa janji dengan walaupun dah kahwin Lisa tetap akan belajar dengan baik. Kalau kawin nanti dapat mengelakkan daripada melakukan maksiat.” Melissa meyakinkan ibunya.
Pendirian ibunya berbeza dengan ibu Johan. Ibu mentuanya itu memberi sokongan sepenuhnya mereka mendirikan rumahtangga. Semua biayaan untuk majlis kahwin Melissa dan johan ditanggung oleh keluarga Johan.
Lamunan Melissa terhenti apabila Ida memanggil namanya. Ida bersahabat baik dengan Melissa sejak mula memasuki UPM lagi dan kebetulan mereka mengambil kursus yang sama.
“Kenapa ni Melissa. Johan buat hal lagi ye. Eh, aku tidak faham la dengan Johan ni, ape lagi yang dia nak. Bini anak kt rumah dia sibuk berfoya-foya dengan perempuan lain kat luar.” Ida meluahkan ketidakpuashatinya.
“Entah la Ida, aku dah tawar hati dah. Dah lama aku bersabar, tapi aku tengok dia tak ada perubahan. Aku nak berpisah degan johan. Mungkin ini jalan terbaik untuk aku dan dia.” luah melissa.
“Kau dah bincang hal ini dengan Johan?” soal ida. Melissa mengangguk lemah.
“Habis tu apa yang Johan cakap? Dia setuju?” desak ida.
“Johan tak setuju. Katanya dia masih sayangkan aku dan berjanji akan berubah demi kebaikan keluarga. Tapi aku dah tawar hati dengan dia, aku dah bosan dengan janji kosong dia”
“Aku rasa ini bukan jalan penyelesaiannya. Kau perlu berbincang dengan johan. Kau kena fikirkan anak kau yang sedang membesar. Dia perlukan kasih sayang seorang bapa. Kalau Johan masih tak berubah kau jumpa dengan mak mentua kau. Mungkin dia boleh menasihati Johan.” Saran Ida.
“Ok la ida, aku kena balik dulu. Anak aku dah tunggu kat Nursery tu. Jumpa esok.” Melissa meminta izin untuk pulang.
“Ok.. Lisa aku harap kau banyakkan bersabar. Mohon petunjuk dari Allah SWT. Moga Allah memberi kesedaran kepada Johan supaya dia dapat berdiri di jalan yang benar. Sesungguhnya Allah itu bersama dengan orang yang sabar.” Nasihat Ida.
Melissa memandu menuju ke tempat anaknya ditinggalkan sementara dia menghadiri kelas. Johan tidak lagi menyambung pengajiannya. Keputusan peperiksaannya yang sangat teruk menyebabkan dia tidak boleh menyambung pengajiannya.
Johan masih tidak berubah daripada perangainya yang suka menghabiskan masa dengan perempuan lain diluar. Dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga yang harus mencari rezeki untuk keluarga. Semua tanggungan dan perbelanjaan anaknya ditanggung oleh Melissa yang hanya mendapat wang melalui pinjaman PTPTN. Sesekali ibu mentuanya menghulurkan  wang untuk menampung perbelanjaan mereka.  
Memikirkan hal itu menyebabkan Melissa sebak. Namun melissa tidak melakukan sebagaimana yang disarankam oleh Ida. Melissa tidak mahu menyusahkan ibu dan mentua apabila mereka mengetahui hal yang sebenarnya. Melissa memendam masalahnya seorang diri. Hanya kepada Allah tempat dia mengadu. 
Pada suatu hari Ida dikejutkan dengan berita Melissa jatuh sakit dan sedang berada di hospital. Ida bergegas ke Hospital Serdang untuk melihat keadaan sahabatnya itu.
“Kenapa boleh sampai jadi begini Lisa?” Ida bertanya cemas. Dia kasihan melihat sahabatnya itu terbaring lesu. Keadaan Melissa yang semakin cengkung itu disebabkan oleh terlalu memikirkan masalah yang melingkari dirinya. Kebelakangan ini Melissa kelihatan sangat murung.
Melissa hanya mampu menangis. Ida mengambil nombor telefon ibu Melissa dan keluarga mentuanya kerana ingin memberitahu keadaan melissa.
Tidak lama selepas itu ibu dan bapa mentua Melissa tiba dihospital bersama dengan ibunya. Berita itu mengejutkan mereka dan mereka segara bergegas ke hospital.
“Kenapa ni Lisa? Kenapa boleh jadi sampai macam ni nak?” ibu Melissa bertanya cemas. Lebih merisaukan apabila Melissa hanya menangis. disaat itu melissa hanya mampu menangis dalam pelukan ibunya kerana masih tertekan dengan masalahnya.
Ida menceritakan semua masalah melissa kepada ibu dan ibubapa mentua Melissa. Ida juga memberitahu bahawa Johan tidak lagi meneruskan pengajiannya kerana terkandas ditengah jalan dan Melissa masuk hospital ini disebabkan terlalu memendam perasaan seorang diri. Ibu melissa dan ibu mentuanya terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Ida. Lebih-lebih lagi ibu melissa yang tersentuh dengan nasib yang menimpa anak perempuannya itu.
“Maafkan mama nak, mama tidak tahu perangai johan sampai macam tu sekali. Mama yang bersalah.” Ibu mentua melissa kesal dengan perbuatan anak lelakinya itu.
“Sudah lah Kak Yah, benda dah jadi, tidak usahlah kita menyalahkan diri sendiri. Sekarang kita perlu memikirkan apa kesudahan anak-anak kita ni.” Puan Rohan bersuara setelah sekian lama berdiam diri.
“Betul itu Ana. Tapi saya kesal dan malu dengan sikap Johan. Tapi ibu harap sangat kamu berdua tidak mengambil keputusan untuk bercerai. Kasihanilah anak kamu yang masih kecil itu.”  Puan Noriah
Tidak lama kemudian Johan tiba di hospital. Dia terkejut apabila menerima panggilan daripada jirannya yang mengatakan isterinya pengsan di depan pintu rumah. Setibanya di hospital Johan terkejut dengan kehadiran kedua orang tuanya yang sampai lebih awal daripadanya. Selepas bersalam dengan ibubapa dan ibu mentuanya, Johan terus mendapatkan melissa.
“Kenapa ni sayang, are you ok, Mana anak kita?” tanya Johan dengan nada yang cemas.
“Hai baru nak ingat anak bini ke?” Ida menyindir Johan tanpa menunggu Melissa menjawab persoalan Johan. Ida yang sudah meluat melihat Johan yang berpura-pura mengambil berat itu.
“Masa Lisa bersalin dulu kau ada? Anak kau kat mana ada kau ambil tahu?” sambung Ida dengan perasaan marah. Belum sempat Johan membela diri ibunya menyampuk.
“Kenapa dengan kamu ni Johan, mama ingat kamu boleh jaga Lisa dengan baik tapi ini yang kamu buat.” Sampuk puan noriah.
“Mana tanggunjawab kamu sebagai ketua keluarga, mama tidak pernah mengajar kamu untuk menjadi tidak bertanggungjawab. Mama bagi kamu didikan yang baik, tidak cukup lagikah?” sambung Puan Noriah dengan nada yang sebak.
“Johan minta maaf mama, ibu, Johan berjanji lepas ni Johan tidak akan mengulangi lagi kesilapan Johan.” Janji Johan dengan ibu dan ibu mentuanya.
“Sayang…abang janji abang akan berubah, abang akan jaga Lisa dan anak kita dengan baik. Abang sayangkan lisa.” Johan memeluk Melissa tanpa menghiraukan orang sekelilingnya. Johan betul-betul menyesal dengan perbuatannya terhadap Melissa. Dia tidak menyangka hal ini akan berlaku.
“Sudahlah abang, Lisa sudah muak dengan janji kosong abang itu. Lisa dah tawar hati dengan abang.” Luah Melissa yang sekian lama berdiam diri.
“Lisa, abang betul-betul minta maaf, abang menyesal, bagi la abang peluang untuk membaiki diri dan menebus dosa abang pada Lisa dan anak kita.” Rayu Johan.
“Sudahlah Lisa, bagila peluang pada Johan. Kamu fikirkan demi kebaikan anak kamu.” Nasihat ibu Melissa.
“Baiklah, Lisa bagi peluang pada abang, abang kena janji akan berubah dan menjadi lebih bertanggungjawab.” Melissa melembutkan hati untuk menerima Johan kembali demi anaknya. Melissa juga masih menyayangi johan.
“Terima kasih sayang. Abang janji dengan Lisa.” Sekali lagi Johan memeluk Melissa sambil menangis. Melissa dapat merasakan Johan sudah benar-benar insaf dengan perbuatannya.
Melissa membalas pelukan suaminya itu sambil memanjatkan kesyukuran didalam hati kerana Allah telah memakbulkan doanya. Dia berharap kebahagiaan akan terus melingkari hidupnya. Sesungguhnya hikmah Allah itu sangat besar buat dirinya. Benarlah didalam Firman Allah ada mengatakan “Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…..”- surah al-baqarah ayat 286-.